Untuk mendapatkan wajah yang segar, berseri-seri dan cantik, cucilah sekurang- kurangnya 5 kali sehari dengan air wuduk. Jangan di lap air wuduk pada anggota, biarkan nya kering sendiri. Ambil sejadah, solat, berzikir, dan berdoa.
Untuk menghilangkan strees, memperbanyakkan pergerakan. Perbanyakkan solat. Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasilah dengan ALLAH SWT melalui zikir dan doa.
Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bbir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci' "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana kau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlakku) (HR Ahmad). Doa melihat cermin.
Untuk mempunyai bibir yang cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.
Untuk mendapatkan tubuh yang langsing, amalkan diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika berkeupayaan, berpuasa seperti Nabi Daud A.S yakni selang satu hari. Makan makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
No comments:
Post a Comment