Sunday, November 27, 2011

Pohon Cinta...

“Allahuakbar, Allahuakbar, Lailahailallah.” Tangannya pantas mencapai telefon bimbit di sebelah, mematikan nada deringan. Lagu Maher Zain itu segera terhenti. Beberapa saat berlalu, matanya masih jua tertutup.

Hati digagahkan, tangan segera meraba di dalam kegelapan, mencari sesuatu. Dia duduk di atas katil itu, sambil memegang buku Bidayatul Hidayah, karya al-Imam Hujjatul Islam al-Ghazali R.A dan membuka muka surat yang dikehendaki.

Subuh yang hening itu dimulakan dengan doa dan puji-pujian bagi yang selayaknya menerima pujian, Allah S.W.T.

Ahlam segera bangkit, bersiwak, dan mempersiapkan diri untuk beribadah. Subuh hanya akan tiba kurang setengah jam sahaja lagi.

Dengan lafaz bismillah, membaca surah an-Nas sebelum memulakan solat, dia hanyut di bawah kelemahannya, menghadap Yang Maha Kuasa.

Pagi itu cerah seperti biasa, awan dan matahari juga seperti biasa. Semua yang hidup itu pasti sedang bertasbih, memuji kebesaran Allah S.W.T. Selepas Isyraq, dia menarik nafas, melangkah menuju ke kelas. Pusat Asasi UIAM, PJ hening ketika itu. Sudah menjadi kebiasaanya, dia bahagia.

Tanpa disedari, ada yang melihat dari jauh. Hanya beberapa langkah dibelakangnya.

“Ahlam.” Tegur yang melihat itu.

Ahlam tidak segera menoleh, walaupun langkahnya terhenti. Dia beristighfar, kerana dia tahu suara itu milik seorang 'brother,' panggilan yang digunakan untuk pelajar lelaki di situ.

“Assalamualaikum, Ahlam.” Tegur suara itu lagi.

Pemilik suara itu berkira-kira, mungkinkah Ahlam akan pergi meninggalkan dia begitu sahaja, atau sudi mendengar bicaranya.

Dia melihat sekeliling, hanya ada beberapa orang rakannya tiga langkah daripada dia. Dia tidak mahu bersendirian dengan Ahlam. Mestilah, haruslah, pertemuan itu berteman.

Ahlam hanya menjawab salam di dalam hati. Dia menutup bahagian bawah mukanya dengan lengan baju kurungnya, lalu tunduk seraya berkata.

“Kenapa ya, perlu berjumpa di waktu begini? Ana ada kelas.”

“Bukankah kelasmu hanya akan bermula satu jam saja lagi? Masih ada waktu."

"Asif.. ana terpaksa menganggu seketika. Ana tidak ada nombor anti untuk bertanya perkara ini.”Faqeh menjawab.

Dia terdiam sesaat. “Sudahkan sister Farah berjumpa anti?” Tanyanya.

“Sudah, dan jawapan sudah diberikan.” Ahlam menjawab tegas.

Hatinya bergolak, perasaan bercampur baur. Dia tahu fitnah tidak akan timbul kerana Faqeh berteman, tapi mana mungkin dia berdiri di situ walaupun sesaat dua kerana hanya dia seorang di pihak muslimah.

Dia segera berlalu. Tidak betah berlama. Faqeh terkejut tapi tidak menghalang.

“Salahku juga.” Fikirnya.

*****

Lalu dia teringat pertemuannya dengan sepupunya, Farah, semalam.

“Allah mengetahui segala sesuatu." Farah memulakan bicara.

“Faqeh, dia menolak. Sudah dua kali kamu cuba taqdim, cukuplah.” Tambah Farah.

“Tapi aku yakin dia jodohku.” Tegas Faqeh.

“Apakah keyakinanmu itu bersandarkan Allah? Bagaimana pula dengan keyakinannya menolak kamu? Adakah itu cuma permainan di mata? Faqeh, dia sudah istikharah. Dia hanya memaklumkan belum tiba masanya saja. InsyaAllah, lepas habis pengajian, cubalah kamu mengkhitbahnya sendiri.” Balas Farah.

“Aku juga sudah istikharah, dan ternyata dia jawapanku.” Kata Faqeh.

Pelajar Asasi Kejuruteraan itu sukar menerima hakikat.

“Istikharah tidak bermakna jika kamu berat hati pada satu jawapan sahaja. Kamu harus bersedia untuk pilihan yang lain. Itu salah kamu di situ.”

Farah memandang sayu sepupunya itu.

“Hanya satu semester saja lagi. Habiskanlah pengajianmu, biarkan dia juga belajar. Kamu itu bukan setakat seorang pelajar, tapi seorang Muslim. Tanggungjawabmu lebih berat, tanamlah dulu sifat taqwa, insya-Allah, perjalananmu akan dipermudahkan.”

Kata Farah menutup bicara. Dia berlalu meninggalkan Faqeh dan temannya di kafeteria.

Faqeh menoleh ke arah temannya, meminta kekuatan walaupun sedikit.

'Mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.' [Q.s. An-Nisa:19 ]

Ujar temannya, memahami maksud pandangan Faqeh.

Faqeh mengusap muka dengan kedua tapak tangannya, mengucapkan terima kasih lalu beransur ke musolla.

Dia hendak bertaubat, kerana walau sekejap cuma, dia sudah lupa tanggungjawab yang lebih utama, iaitu menjadi hamba kepada Pencipta yang Agung.

*****

Farah tiba di dalam bilik, meletakkan beg di atas meja, dan mengingat kembali peristiwa ketika dia menyampaikan hajat Faqeh buat kali kedua kepada Ahlam.

“Petunjuk awak adalah dia bukan?” Tanya Farah.

Ahlam tenang, lalu menganggukkan kepala.

“Tapi kenapa harus menolak?” Tanya Farah lagi.

Ahlam tersenyum, lalu menjawab.

“Belum tiba masanya. Kami masih muda, iman kami masih baru bercambah.”

Suasana senyap seketika.

“Cinta itu sempurna seperti pohon, akarnya tertanam dalam hati, batangnya kukuh dalam kata, buahnya terkandung dalam perbuatan. Persis seperti iman, tetap dalam hati, terucap dalam lisan, dan dibuktikan oleh amal. Pernah saya terbaca ayat itu.” Tambahnya lagi.

“Awak cintakan dia?” Farah menambah persoalan.

“Cintaku kepada Allah lebih penting, dan juga Rasulku, adakah awak hendak saya melupakan itu?”Ahlam menjawab dengan pertanyaan.

“Boleh saja kalau kamu bertunang dahulu sementara belajar, dan bernikah selepas tamat.” Farah mengutarakan pandangan.

“Pertunangan itu bagi saya, adalah untuk mengenali satu sama lain. Baguslah kalau ramai yang memikirkan begitu. Tapi saya sendiri yakin dengan pilihan Allah, biarlah saya mengenali jodoh saya selepas kami dinikahkan.”

Terang Ahlam. Farah senyap.

“Aduhai Farah, ingatkan hatimu, ingatkan nafsumu, bahawa kematian itu dekat sekali. Mungkin ramai berkata, kita berada di sini untuk menuntut ilmu. Tapi bukan itu semata-mata. Seperti yang ku katakan, cinta itu seperti pohon, laksana iman.

Teguhkanlah iman dulu, siramilah dengan ketakwaan, barulah sempurna cintamu itu. Marilah kita letakkan kepercayaan kepada Allah, saya yakin, Dia akan menjaga hati kami berdua.

Insya-Allah, setelah tamat belajar, barulah mendapat keberkatan. Habiskan tanggungjawab kita sebagai pelajar dan seorang anak dahulu.”

Ahlam berkata sambil memegang tangan Farah. Dia senyum, hatinya beristighfar.

Farah membalas senyuman Ahlam, lalu mengangguk tanda faham.

Dia tahu, ramai yang kalah dalam perjuangan atas nama cinta. Ahlam menjaga maruahnya sebagai seorang muslimah dengan rasa malunya, dengan kesabarannya.

Dia tahu, kalau ada jodoh, pasti akan bersatu jua. Lalu dia juga beristighfar di dalam hati, kerana dia tahu dan dia pasti, hatinya selalu sahaja leka namun Allah itu Maha Pengampun. Maka dia memohon keampunan.

Saturday, October 8, 2011

10 PERINGATAN BUMI

Berkata Anas Bin Malik r.a;
Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh pperkara.

  1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.
  2. Engkau membuat maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan di azab di dalam perutku.
  3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis dalam perutku.
  4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.
  5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.
  6. Engkau makan benda haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan di makan ulat di dalam perutku.
  7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.
  8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dengan dukacita.
  9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan, dan bintang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal di dalam perutku di dalam kegelapan.
  10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Friday, October 7, 2011

MANUSIA PALING MALAS...

Pada asa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin. Tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengunguman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku paling pemalas.


Katanya: "Saya adalahh orang yang paling malas."

Raja pun bertanya: " Apa tahap malas awak?"

Lalu jawab lelaki tersebut: "Kalau saya hendak makan, ada orang yang menyuapkan saya."

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi: "Saya lebih malas daripada dia tuanku."

Tuanku pun bertanya pada lelaki itu: "Sampai mana pulak tahap malas awak?"

Maka jawabbnya: "Kalau saya makan pun, ada orang tolong kunyahkan."

Maka raja pun terdiam......

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata:

"Sayalah orang yang paling malas, Tuanku."

Raja pun tanya: " Bagaimana pula tahap kemalasan kamu?"

budak itu pun menjawab:

"NAK CERITA PUN MALAS."

MEMBERSIHKAN PERUT UNTUK TERANG HATI...


Perut adalah sumber kepada hampir segala penyakit! Perut bersih, badan terhindar dari penyakit dan otak menjadi sihat. Perut kotor, badan terdedah kepada penyakit dan otak menjadi lemah. Pembersihan ini boleh diilakukan dengan memakan julap atau jadam. Makanlah sebulan atau dua bulan sekali. Memakan julap adalah amalan orang Arab dan India. Memakan buah pic sebelum makan pagi juga boleh menggantikan julap dan jadam untuk membersihkan perut. Sebenarnya banyak cara untuk bersihkan perut mengikut pelbagai masyarakat dan agama. Misalnya agama Islam, di samping mewajibkan berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan, Islam juga menggalakkan umatnya untuk berpuasa pada hari Isnin dan Khamis dan pada hari-hari tertentu. Amalan ini dapat membersihkan perut dan seterusnya menerangkan hati pengamalnya. Kesihatan otak dan badan keseluruhannya akan bertambah sekiranya anda rajin menjaga kebersihan usus dan perut.

MAKANAN-MAKANAN PENYEBAB LUPA...


  1. Banyak makan epal yang sudah masam.
  2. Banyak makan makanan yang masam termasuk asam atau jeruk buahan.
  3. Banyak makan bawang besar.
  4. Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.
  5. Memakan kepala ikan.
  6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.
  7. Makan sehingga terlalu kenyang.
  8. Makan makanan yang telah di sentuh oleh tikus.
  9. Makan makanan yang dijjual di warung-warung yang kotor dan terdedah.
  10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
  11. Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya minuman bergas dan makanan segera (junk food). Bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.

OTAK ANDA BOLEH ROSAK APABILA....


Tidak mengambil sarapan pagi - Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif


Terlebih makan - Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.


Merokok - Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit Alzheimer.


Penggunaan gula yang berlebihan - Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.


Pencemaran otak - Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.


Terlebih tidur - Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.


Menutup muka ketika tidur - Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan akan membawa kerosakkan kepada otak.


Membiarkan otak bekerja semasa kita berada dalam keadaan kurang sihat - Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakkan kepada sel-sel otak.


Kurang berimaginasi - Berfikir adalah salah satu cara yang terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

Thursday, October 6, 2011

Untuk KecantIKKan DIrI...


  1. Untuk mendapatkan wajah yang segar, berseri-seri dan cantik, cucilah sekurang- kurangnya 5 kali sehari dengan air wuduk. Jangan di lap air wuduk pada anggota, biarkan nya kering sendiri. Ambil sejadah, solat, berzikir, dan berdoa.
  2. Untuk menghilangkan strees, memperbanyakkan pergerakan. Perbanyakkan solat. Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasilah dengan ALLAH SWT melalui zikir dan doa.
  3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bbir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci' "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana kau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlakku) (HR Ahmad). Doa melihat cermin.
  4. Untuk mempunyai bibir yang cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.
  5. Untuk mendapatkan tubuh yang langsing, amalkan diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika berkeupayaan, berpuasa seperti Nabi Daud A.S yakni selang satu hari. Makan makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

Khas untuk WANITA sejati...


Saudariku...
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan...
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan...
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan...
Ambillah waktu untuk berehat, itulah sumber kesegaran...
Ambillah waktu untuk dicintai dan mencintai, itu adalah hak istemewa yang di berikan TUHAN...
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga...

Wednesday, June 8, 2011

CINTA DALAM DIAM

Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ... Karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...

Kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
Kau tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatinya..

Karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu..
Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

Karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
Karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt pilihkan untukmu ...

Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali??
Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah ....

Karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...
Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap pada-Nya??

Dan jika memang 'Cinta Dalam Diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam ...

Jika dia memang bukan milikmu, Allah, melalui waktu akan menghapus 'Cinta Dalam Diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

Biarkan 'Cinta Dalam Diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...

Cintailah ia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan...

Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba...mungkinkah dengan ridha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya...

Jika benar cinta itu karena Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah karena hakikatnya ia berhulu dari Allahmaka ia pun berhilir hanya kepada Allah..

" Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah ." (QS. Adz Dzariyat:49)

" Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas(pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. " (QS. An Nuur: 32)

" Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. " (QS. Ar-Ruum:21)

Tapi jika memang kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah... berdo'alah... berpuasalah...

" Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, karena ssungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya " (Hadist) "

" Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. " (QS. Al Israa' :32)

Cukup cintai ia dalam diam...
bukan karena membenci hadirnya.. .tapi menjaga kesuciannya bukan karena menghindari dunia... tapi meraih surga-Nya bukan karena lemah untuk menghadapinya.. .tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai ia dari kejauhan...
karena hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari cobaan karena hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan karena hadirmu mungkin saja akan membawa kenelangsaan hati-hati yang terjaga...

Cukup cintai ia dengan kesederhanaan...
memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan mengharapkan balasan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan...

Maka cintailah ia dengan keikhlasan...
karena tentu kisah Fatimah dan Ali bin Abi Thalib diingini oleh hati... tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi...?

"...boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " (QS. AlBaqarah:216) "

" Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)" (QS.An Nuur:26) "

Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan...
karena tiada yang tahu rencana Tuhan... mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan karena hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan... serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya...

" Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga. " (Umar bin Khattab ra.)

Wednesday, February 2, 2011

Kemanisan Iman

Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan diamencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka". (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sahabat-sahabatku, marilah sentiasa tanamkan dalam hati kita 3 sifat ini (yang tersebut dalam hadith di atas) agar 'kemanisan iman' itu benar-benar dirasai.

Mengapa perlunya kemanisan iman? Kerana dengan kemanisan iman, kita tidak pernah mengeluh dengan keletihan dan kepenatan dalam berdakwah. Dengan kemanisan iman, kita sentiasa redha dan tawakkal dengan semua ujian yang Allah berikan kepada kita. Dengan kemanisan iman, kita sentiasa bersiap siaga untuk Islam.

Kadang kala, kita terasa penat dan lemah dalam berdakwah. Kadang kala kita merasakan yang kita telah banyak menyumbang untuk Islam tetapi apa yang kita dapat hanyalah keletihan, kesedihan dan sebagainya. Kadang kala mad'u kita kelihatan seperti tidak menghargai apa yang kita kongsikan. Kadang kala sahabat-sahabat lain pun kurang acknowledge kerja kita.

Tetapi ingatlah, kerja dakwah ini bukan kerja dengan manusia tetapi kerja dengan Allah. Dengan kemanisan iman, hanya kepada Allah kita meletakkan sepenuh pengharapan. Dengan kemanisan iman, kita akan sentiasa yakin dan percaya dengan 'the hidden blessings' yang Allah janjikan.

"Maka tidak seorang pun mengetahui apa yg disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyenangkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yg mereka kerjakan" [32:17]

Marilah sama-sama kita bermujahadah menuju kepada kemanisan iman dalam beramal. Mudah-mudahan hati kita sentiasa tenang dan redha dalam menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.