Pada suata hari,Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a, terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada y sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspeks...
Pertama,pohon semalu akan kuncup apabila di sentuh. Ini boleh di ibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua,semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga,semalu juga mempunyai akar tinjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan ALLAH RABBUL ALAMIN.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. oleh itu, para wanita sekalin, kembalilah ke rumah mu apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
No comments:
Post a Comment